Lebih banyak francais terkemuka tawar Menu Rahmah

SHAH ALAM – Lebih banyak perniagaan francais makanan dan minuman menawarkan Menu Rahmah sejak ia diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan bermula Selasa lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub melalui ciapannya di Twitter menyatakan kesyukuran apabila mendapati beberapa restoran terkemuka turut menyambut baik inisiatif berkenaan.

“Alhamdulillah, lebih banyak restoran dan francais yang menyambut baik inisiatif Rahmah,” katanya pada Jumaat.

Antara restoran yang mula memperkenalkan Menu Rahmah seperti yang disebut dalam Twitter Salahuddin termasuk pembekal makanan dan minuman terkemuka, Chatime Malaysia Sdn Bhd (Chatime) dan Restoran Mios Kitchen.

Source: Sinar Harian

Search