Aliza Ali CEO Chatime Malaysia dari Kuala Pilah ke Hong Kong

ALIZA ALI CEO CHATIME MALAYSIA DARI KUALA PILAH KE HONG KONG | Assalammualaikum semua. Sejak Chatime Malaysia menyerikan industri F&B kita, minuman berasaskan pearl dan minuman teh ini sering menjadi pilihan. Keseimbangan dalam menyediakan promosi berlanjutan dan mengikut trend, Chatime Malaysia sentiasa tampil dengan minuman dan makanan lain dari yang lain.

Bukan teh sahaja, minuman berasaskan buah-buahan, coklat, kopi, bijirin, Smootea, susu dan soda juga turut ada. Kombinasi dari pelbagai bahan membuatkan Chatime Malaysia digemari ramai.

Perkataan ‘cha’ bermaksud ‘teh’.  Jadi secara teknikal ‘chatime’ boleh diterjemahkan kepada ‘teatime’.  Tetapi hari ini, dengan lebih 1000 lokasi di seluruh dunia, Chatime™ bermakna lebih daripada itu.
Selepas kemenangan besar Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar. Hari ini, Aliza Ali, CEO kepada Chatime Malaysia, telah mencatat satu lagi pencapaian buat Malaysia! Menjadi WANITA MALAYSIA PERTAMA yang dijemput sebagai penyampai di Bursa Saham Hong Kong (HKEX).
Ini merupakan satu kejayaan bagi anak tempatan, kerana berjaya membawa nama Malaysia sebaris dengan jenama terkemuka dunia seperti ALIBABA dan Yum China (KFC & Pizza Hut). Bermula pada tahun 2011 dengan hanya 2 cawangan Chatime, kini mereka terus berkembang mempunyai lebih daripada 100 cawangan!
Aliza Ali juga telah memperkenalkan 3 lagi jenama terbarunya iaitu Hello – frozen yogurt, Hotbox – sausage & fries dan GoBerry – minuman suplemen kesihatan yang bakal dikembangkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan Singapura. Sekaligus, membuktikan bahawa beliau terus komited memberikan saingan kepada jenama lain yang berada dipasaran.
“Saya bersyukur dengan pencapaian ini. Saya bangga dengan kerja keras, dedikasi, dan pengorbanan yang saya lakukan untuk mencapai ke titik ini.” Tambahnya,
“Saya juga mengakui bahawa saya tidak dapat melakukannya sendiri. Sokongan dan dorongan keluarga, sahabat, pasukan dan mentor saya sangat berharga. Pencapaian ini bukan hanya merupakan tonggak peribadi, tetapi juga bukti ketekunan dan tekad. Ini adalah pengingat bahawa, tidak kira betapa menakutkan cabaran yang muncul, kita dapat mengatasinya melalui kerja keras dan fokus yang konsisten.”
Source: Ruby
Search